-->

Penjelasan Tentang I’tikaf dan Keutamaan I'tikaf di masjid

Penjelasan Tentang I’tikaf dan Keutamaan I’tikaf  di masjid




Dari segi bahasa Indonesia : I’tikaf mempunyai arti dan makna :  Berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang baik maupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian.

Dari segi istilah: I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344)

Penjelasan Tentang I’tikaf dan Keutamaan I'tikaf di masjid

Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf:

Dalil al-Quran:

وَلاَ تُـبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْـتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ البقرة : 187
“Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam masjid”(Al Baqarah : 187)

Dalil-dalil As-Sunnah:

Dari Abu Hurairah RA , beliau berkata:
كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِى قُبِضَ فِيهِ اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا
“Nabi Muhammad ﷺ biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda Nabi beri’tikaf selama dua puluh hari”.[HR. al-Bukhari no. 2044 ]

Aisyah RA berkata:
أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
“Nabi ﷺ beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. al-Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]

Hukum "I'tikaf:

Al-Imam Ibn al-Munzir berkata: Para ulama’ telah bersepakat/ijma’ bahawa I’tikaf adalah sunat, dan bukan kewajipan kecuali jika seseorang bernazar mewajibkan dirinya untuk melakukan I’tikaf [Al Mughni, 4/456 ]

Al-Imam Ibn Arabi al-Maliki dan Ibn Batthal rahimahumallah menyatakan bahawa I’tikaf merupakan sunnah muakkadah/sunat yang sangat dituntut kerana Rasulullah ﷺ tidak pernah meninggalkannya.

Jenis-jenis I’tikaf:I’tikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; pertama sunat, dan kedua wajib.


1.  I’tikaf sunat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.

2.  I’tikaf wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: “Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.”

✔ Waktu I’tikaf:

I’tikaf boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan ia sangat ditekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasulullah ﷺ sentiasa melakukannya.

✔ Batasan Waktu:

Ulama’ bersepakat bahawa I’tikaf tidak mempunyai had masa maksima, akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu I’tikaf.

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada masa minima untuk I’tikaf. I’tikaf sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
“Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’, 6/514]

Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Ab Hanifah dan sebahagian ulama’ Maliki berpendapat tempoh minima ialah satu hari. [Majmu’ al-Fatawa 15/441]

Syarat Sah  I’tikaf:

  1. Islam,
  2. Berakal,
  3. Tidak berjunub,
  4. Bersih dari haid dan nifas bagi perempuan.
  5. Berniat tinggal (duduk) di dalam masjid;

  Ibadah iktikaf adalah tidak sah
  melainkan dengan berniat.
  contoh lafaz  niat : 
نَوَيْتُ اْلإِعْتِكَافَ فِىْ هَذَا الْمَسْجِدِ سُنَّةَ لِلَّهِ تَعَالَى.
(Aku berniat iktikaf dalam masjid ini kerana Allah Ta’ala)

Rukun I’tikaf:

  • 1. Niat: Rasulullah ﷺ bersabda; “Sesungguhnya sesuatu amalan itu berdasarkan niat.”  (HR: Bukhari & Muslim RA)
  • 2.  Duduk / diam di masjid: Bertujuan membersihkan hati dengan mengingati Allah SWT dan taqarrub (berdamping) dengan Yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas.

Perkara yang sunnah dilakukan ketika I’tikaf
  • Mendirikan solat-solat sunat.
  • Menghadiri tazkirah, majlis ilmu,
  • Mengulangkaji kitab hadith, tafsir,sirah nabi dan sebagainya.
  • Memuhasabah diri terhadap perkara-perkara yang lalu.
  • Memperbanyakkan kegiatan taqarrub seperti:
  • Membaca dan memahami ayat-ayat al-Quran,
  • Bertasbih, tahmid, takbir dan tahlil, Istighfar,
  • Bersholawat dan berdoa,
  • Menunaikan solat sunat.

Tempat I’tikaf:

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Para ulama bersepakat bahwa disyaratkan melakukan i’tikaf di masjid.”[Fathul Bari, 4/271 ]

Ini berdalilkan ayat berikut ayat 187 surah al-Baqarah: “….. Sedang kamu beri’tikaf dalam masjid”.

Para ulama’ berbeda pendapat apakah ia sah dilakukan di semua masjid yang mendirikan solat lima waktu berjamaah, atau hanya untuk masjid jami’ atau masjid yang dilakukan solat fardhu Jumaat.?

Imam Malik Rahimahullah berpendapat ia sah dilakukan di mana-mana masjid yang didirikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah [di dalam istilah dipanggil surau/musolla]

Al-Imam asy-Syafie Rahimahullah pula mensyaratkan agar I'tikaf dilakukan di masjid jami’ atau masjid yang melakukan solat fardhu Jumaat [Al Mughni, 4/462 ] agar orang tersebut tidak perlu ke tempat lain untuk mendirikan solat Jum'at.

Lebih afdhol lagi apabila beriktikaf di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa


Bolehkah wanita melakukan I’tikaf?
Ini berdasarkan dalil berikut: ‘Aisyah RA berkata,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ ، وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِى اعْتَكَفَ فِيهِ – قَالَ – فَاسْتَأْذَنَتْهُ عَائِشَةُ فَأَذِنَ لَهَا
“Rasulullah ﷺ biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai Solat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian ‘Aisyah RA meminta izin untuk beri’tikaf , maka baginda mengizinkannya. ” [HR. al-Bukhari no. 2041]

‘Aisyah RA berkata:
أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
“Nabi ﷺ beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]

Akan tetapi wanita tersebut hendaklah mendapat izin dari pada suami, keadaan yang aman dari pada fitnah, serta tidak melakukan perkara yang melanggar syaria’ seperti berwangi-wangian, berhias-hias dan sebagainya.

Perkara-Perkara Yang Membatalkan I’tikaf:

1) Keluar masjid tanpa alasan syar’i dan tanpa ada keperluaan yang mendesak.
2) Jima’ (bersetubuh) -Ibn al-Munzir telah menukil ijma’/kesepakatan ulama’ bahwa yang dimaksudkan dengan mubasyaroh dalam surat Al Baqarah ayat 187 adalah jima’ (hubungan intim) [Fathul Bari, 4/272 ].

Adab-adab I’tikaf:

Seseorang hendaklah menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti berdoa, zikir, bersholawat pada Nabi, mempelajari Al-Quran dan mengkaji Al-Hadis. Dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. [Sahih Fiqh Sunnah, 2/150-158]

Seseorang hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri ketika beri’tikaf. Dia hendaklah memakai wangi-wangian, berpakai yang Rapu, mandi, bersihkan rambut. Ini terbukti pada kisah ‘Aisyah menyikatkan rambut Nabi ﷺ ketika baginda sedang beri’tikaf.

Kebersihan masjid juga hendaklah dijaga. Peralatan yang dibawa hendaklah dikemaskan agar tidak mengganggu orang yang solat.

Perbuatan yang dibolehkan Ketika I’tikaf:

1) Keluar masjid disebabkan ada hajat yang mesti ditunaikan seperti keluar untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak mampu dilakukan di dalam masjid.
2) Melakukan hal-hal harus seperti bercakap-cakap dengan orang lain.
3) Isteri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya.
4) Mandi dan berwudhu di masjid.
5) Membawa kelengkapan tidur seperti tilam, bantal untuk tidur di masjid.

✔ Kelebihan I’tikaf:

1. I’tikaf merupakan wasilah (cara) yang digunakan oleh Nabi ﷺ untuk mendapatkan malam Lailatulqadar

2. Orang yang melakukan i’tikaf akan dengan mudah mendirikan solat fardhu berjamaah berterusan bahkan dengan i’tikaf seseorang selalu beruntung atau paling tidak berpeluang besar mendapatkan saf pertama

3. I’tikaf membiasakan jiwa untuk suka berlama-lama tinggal di dalam masjid, dan menjadikan hatinya terpaut pada masjid

4. I’tikaf akan menjaga puasa seseorang daripada perbuatan-perbuatan dosa. Ia juga merupakan sarana untuk menjaga mata dan telinga daripada hal-hal yang diharamkan

5. I’tikaf membiasakan hidup sederhana, zuhud dan tidak tamak terhadap dunia yang sering membuatkan ramai manusia tenggelam dalam kenikmatannya.

Wallahualam ...
Sekian tentang Penjelasan Tentang I’tikaf dan Keutamaan I'tikaf di Masjid, Semoga kita bisa memetik hikmah manfaat nya untuk kebaikan di dunia dan Akherat.

Artikel Terkait :



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner